RSS

RAHSIA ALAM

03 Apr
Assalamualaikum Para Penatap BLOG RAHSIA ALAM yang dikasihi dan dirahmati Allah,

Buat pengetahuan pembaca, Barangan didalam Blog ini tidak mempunyai Unsur Berkhadam dan tidak mempunyai Pantang-Larang, ini kerana segala unsur Fadilatnya adalah bersifat Alami Khasiat Semulajadi. Mengenai Unsur Mistikal, Khadam, Penjaga, Ajaib, Ghaib dan yang tidak dapat dicapai oleh hukum akal..Segalanya adalah Ketentuan dan Keizinan dari Allah… Buatlah yang Diperintahkan dan Tinggalkan lah apa jua yang Dilarang..Saya hanya Berusaha. Maklumat tentang barangan didalam Blog ini adalah melalui pengalaman dan Petua dari orang-orang yang lebih arif serta pakar dan juga dari mereka-mereka yang AHLI dalam ilmu Allah.

Wassalamualaikum..dari pengasas Blog Rahsia Alam…

TEMPAHAN HANYA AKAN DIPROSES SETELAH PERMAHARAN/PEMBAYARAN DIBUAT OLEH PARA PENEBUSNYA.

SEBARANG PERTANYAAN, TEMPAHAN ATAU INGIN MENGETAHUI CARA PENGGUNAAN SERTA FADILATNYA, SILA GUNAKAN EMAIL DAN NO. TALIAN YANG TERTERA UNTUK URUSAN SELANJUTNYA.

waliqudus@yahoo.com
waliqudus@gmail.com
-019-256-3074 Talian SMS

– 019-338-7074 Talian Hubungan Terus

 
 
 
 
 

Tuesday, April 3, 2012


Akar Tengkuk Biawak, Sekunyit dan Larak Pisang..Untuk Perhatian Sahabat

 
Ini adalah Akar Tengkuk Biawak, Akar Sekunyit dan Akar Larak Pisang. Ketiga-tiga bahan ini adalah rumusan Herba bagi kesihatan tubuh badan. Rasa dari Air rebusannya pula tidaklah pahit seperti Akar Pasak Bumi atau Hempedu Bumi. Akar Tengkuk Biawak digunakan sebagai ubatan bagi urat dan otot badan, Sekunyit pula adalah untuk Melawaskan manakala Larak Pisang untuk Selera dan peredaran darah…Akar Herba ini adalah Permintaan dari Beberapa sahabat yang telah biasa menggunakan jenis akar yang dipaparkan…cumanya, pada kala kini, ianya agak payah diperolehi….sebabnya, hutan kita dah banyak kena jarah dek pembalakkan serta kemasukkan pendatang luar yang mengambil khazanah hutan kita secara berleluasa dan tidak diiktiraf keizinannya. Yang paling sedihnya, Kaum Peribumi Kita sendiri pun nak cari makan dengan mencari akar-akar perubatan menjadi Perit dan perih akibat hakisan tanah hutan yang tiada bentengnya. Benteng Tanah Hutan kita pula terdiri daripada Pokok-Pokok Kayu Balak..bila dah takde balaknya akibat dijarah..maka hakisan terjadi, pokok-pokok renek yang menjadi herba pula tumbang secara tidak semulajadi..maka dengan itu, Hanya Teras Kayu yang menjadi Medium Perubatan kini..cumanya, Teras Kayu tidak dijadikan Perhatian kerana Pendekatan Kajian melalui Sains tidak dilakukan dan, ianya menjadi Sia-sia Belaka sedangkan, Teras dan Akarlah yang menjadi Pertaruhan Perubatan dizaman dahulu Kala…time tu mana ada Penat-Dol dan bebagai lagi…akar kayu la yang jadi ubat bro.
Posted by waliqudus at 4/03/2012 04:07:00 AM

Teras Terbaru Blog Rahsia Alam..

 
ini adalah teras-teras yang baru diperolehi oleh pengasas..ada berbagai jenis dan masih belum dapat diolahkan kerana, berbagai urusan dunia yang masih belum diselesaikan. InsyaAllah, dah diolahkan nanti, akan saya paparkan…
Posted by waliqudus at 4/03/2012 04:05:00 AM

Akar Lipan Bara…

 

Asal sebut ajer lipan bara..orang akan ingatkan tentang Geliga Lipan..nak pulak tu jenis yang telus pandang ajer..bila kita sebut Akar Lipan Bara…langsung orang tak tahu apa kegunaannya…Akar Lipan Bara ni adalah sebahagian dari Jenis Akar Herba, ianya digunakan sebagai Medium Pencernaan Peredaran Darah didalam Badan..tetapi, perlulah ianya dijadikan amalan..jangan ingat sekali makan dah boleh jadi Ultraman….
Posted by waliqudus at 4/03/2012 04:01:00 AM

Akar Teras Kemuning Hitam

 
Nak mendapatkan Teras yang sebegini…bukan sesenang nak membeli rokok seludup…bagi mendapatkannya..dikira tuah…Bayangkanlah, Hang Tuah sendiri pun tak berapa nak bertuah..walaupun ada tuah dinamanya…Hang Tuah sendiri pun belum tentu dapat kalau mengorek tanah didalam hutan bagi mendapatkan teras akar yang sebegini…kalau dia dapat pun dah tentu dia buat rebus minum macam teh…baru la bertuah badan…sehat la namakan. Kalau la hang tuah terbaca komen aku ni..gerenti dia ajak separing tebang pokok kemuning..dan kalau si Jebat yang membacanya pula..gerenti dia tergelak sambil berbaring….hehehe…Gurau ajer..

Apa yang dimaksudkan pengasas adalah, kepayahan bagi mendapatkan teras Kemuning Hitam yang begitu solid-molid sebegini, Pokok kemuning yang mengandungi teras bukannya calang-calang pokok. Pokok Kemuning yang hidup pun tidak akan dipotong sewenangnya bagi mendapatkan terasnya..Hanya pokok yang telah tumbang dimana hidupnya dikawasan lereng bukit yang memungkinkan ada terasnya..Hidupnya pula, ada jenis pokok kemuning yang hidup tumbuh diatas batu dimana Akarnya menembusi batu tersebut bagi kesinambungan hidupnya. Kebiasaan bagi pokok kemuning yang hidup diatas batu, Akarnya akan membina Teras yang solid dan utuh bagi menampung keseluruhan struktur pokok…tetapi, teras Kemuning Hitam, ramai yang tidak mengkaji “apakah yang terkandung didalam teras tersebut sehinggakan Orang-orang dulu menggunakannya sebagai Ubat yang begitu Ampuh…salah satu darinya adalah Awet Muda.

Olahan bagi teras kemuning adalah dengan Merebuskannya didalam Air…dididihkan secara perlahan. Airnya diminum dikala waktu Pagi dan Petang. Teras Kemuning Juga boleh dibuat sebagai Minuman Harian dimana olahan Serbuknya boleh dijadikan seperti Serbuk Teh dan direndam didalam Air Panas Mendidih serta dicampurkan dengan Madu Lebah..Air Teras Kemuning Hitam juga elok diminum dalam keadaan panas-panas Suam…kalau dah sejuk…tak sedap bro. Fadilatnya adalah untuk Melawaskan air kecil dan besar, Peredaran darah, Menyah Toksik dari dalam badan, Kekuatan Batin, Strok, Lesu-lesu badan dan berbagai lagi…tak caya kalu..buat lah research dan serapkan penggunaannya dalam kehidupan seharian….Rasakan Keputusannya…
Posted by waliqudus at 4/03/2012 03:37:00 AM

Sediaan 50 jenis Teras dan Kayu…Tasbih

 

Pembuatan sebutir-demi sebutir….

Didalam bekas penyediaan beberapa jenis Teras…

Bekas yang mengandungi 50 tempat simpanan sedia guna jenis-jenis kayu dan teras yang terpilih..senang nak buat…siap potong dan simpan…bila nak pakai, ambil ajer. Kekadang tu, bila stok dalam bekas ni dah habis…jawab la, kena la potong bahagian Log yang besar….
Posted by waliqudus at 4/03/2012 03:22:00 AM

Gelang Gabungan Teras..Tempahan Sahabat

 

Pilihan dari Teras jenis Kelor, Setanah dan Sedarah…dah siap larik..nak buat proses finising ajer lagi…dah siap, kawan hantar bro..
Posted by waliqudus at 4/03/2012 03:20:00 AM

Tasbih 33 jenis teras dan Kayu dan 45 Jenis..Tempahan

 
33 Jenis Kayu dan Teras untuk Tasbih 33 Butir Tempahan Sahabat yang baru siap…

Pembuatan Tasbih dari Blog Rahsia Alam adalah unik dari sudut pembuatan dan ianya tidak sama. Ini kerana Pembuatan adalah mengikut gerak rasa dan bukan mengikut nilai isi poket.

Ini pula adalah biji tasbih yang digabungkan dengan 45 jenis teras dan kayu bagi pembuatan jenis 99 biji tasbih…diharap sahabat yang menempahnya bersabar sedikit…tempahan kena ikut que la bro..

Alhamdulillah, Terima Kasih buat para sahabat yang menempah Tasbih dari Blog Rahsia Alam dengan Pilihan jenis-jenis teras yang menjadi lurutan Zikr….walaupun Pengasas memiliki beberapa Mesin Pelarik, tetapi, mesin tersebut hanyalah untuk memutarkan kayu sahaja dimana pembentukkan biji tasbih adalah dengan 100% menggunakan tangan….payah tu bro…tapi kan Allah tu ada …Yang Maha Best la seperti yang selalu saya kalamkan…lalu, dipermudahkannya…..
Posted by waliqudus at 4/03/2012 03:01:00 AM

Teras Kemuning…Proses Pembuatan Cokmar Masjid

 
Setelah dilarik dengan menggunakan Mesin Pelarik Besi…Teras Kemuning Emas ini adalah untuk pembuatan Cokmar Masjid atas permintaan seorang Sahabat yang hatinya dah semacam Emas yang menggunung dan sentiasa bercambah…Melihat pada orangnya punyalah garang pada mula sangkaan…tetapi, alahai..jiwa yang cair apabila bermuzakarah mengenai “Bagaimanakah untuk membawa Ummat kembali kepada Jalan yang sebenar-benarnya”…dan bukan itu sahaja, Malah beliau memiliki pemikiran yang Global untuk kebaikan bagi Umat yang bergelar Manusia…Allahu…Garang yang amat..tetapi berhati Mulia dan tidak pula lokek…nak mencari Cicak Tokek pun lagi senang dari mendapat talian silaturahim sebagaimana seperti beliau dan rakan-rakannya…Alhamdulillah.

Posted by waliqudus at 4/03/2012 02:50:00 AM

Tuesday, March 27, 2012


Kayu Pasak Tambat…

 
Nak kata tali gantung awang kenit..bukan ni…Ini adalah sejenis Medium sebagai…..macam-macam..Pelurut, Penurut, Penunduk, Penambat dan berbagai lagi jika nak diikutkan mengikut Petua.

Ini adalah Tali dan Teras bagi Menarik dan Menambat Haiwan..seperti Lembu, Kambing, Kerbau dan King-Kong… Ada juga yang mempercayainya sebagai Medium Nikah Kawin Banyak..tetapi paling banyak pun 4 sahaja…kalau yang kawin banyak-banyak tu…itu Berzina namanya…Xena The Princess Warrior…hehehehe…
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:34:00 AM

Teras Sepang Hitam dan Teras Sepang Merah

 
Teras Sepang Merah…sebagai Penawar….

Teras Sepang Hitam sebagai Pembisanya..ini adalah sebahagian dari jenis-jenis teras yang diproses untuk dijadikan Tasbih Teras Campur.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:32:00 AM

Jenis Teras untuk Pembuatan Biji Tasbih..

 
Sedarah

Cendana

Mengkudu…
Teras-teras yang dipotong sedemikian adalah sebahagian dari Proses awal bagi pembuatan Biji Tasbih yang telah ditempah oleh para sahabat.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:29:00 AM

Teras Kemuning Kuning

 
Teras Kemuning Kuning…Fadilatnya sebagai Penawar…salah satu dari fadilatnya adalah untuk penyakit Buasir.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:27:00 AM

Ibor Tunggal

 
Potongan dari jenis Nibung Ibor Tunggal…Pembisa yang ampuh…ianya juga boleh dijadikan sebagai Penawar Bisa.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:26:00 AM

Sejenis Teras….

 
Teras yang tak jumpa nama…Masih didalam Kajian.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:25:00 AM

Teras Laka dan Teras Panca Delima

 
Hampir sama…tetapi yang membezakannya adalah warna serta kekerasan…Teras Panca Delima lebih Keras jika nak dibandingkan dengan teras laka…potongan ini adalah untuk proses pembuatan Biji Tasbih.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 01:23:00 AM

Teras Akar Kemuning Emas..Muraya Paniculata… Heartwood of The King

 
Teras Akar Kemuning Emas….bagi memperolehi sedemikian yang dipaparkan, silap hari bulan, urat kentut pun boleh putus.

Bahagian Teras Akarnya yang sedemikian, anggaran umurnya melebihi dari 300 tahun. Ini kerana, Pokok Kemuning yang tumbuh diatas Batu atau dikawasan yang berbukit bukau membesar dengan kadar perlahan jika di perbandingkan dengan proses tumbesaran pokok kemuning jenis Kampung. Jika perbandingan dibuat melalui Terasnya pula, bukan kesemua jenis kemuning memiliki Teras…Perumpamaan adalah sebagaimana dengan jenis pokok Gemunggal yang memiliki Teras…Jika satu-satu jenis pohon dimana daun dan buahnya dijadikan sebagai makanan ataupun perubatan…Bagaimana pula bahagian Terasnya..bukankah daun dan buahnya memerlukan bahagian akar, batang dan ranting bagi menyalurkan khasiat kepada bahagian yang dikatakan daun serta buahnya…Kenapa tiada kajian yang dibuat mengenainya.
Posted by waliqudus at 3/27/2012 12:46:00 AM

Saturday, March 24, 2012


9″ Standard Modern Metal Lathe…Canadian Made..

 
Utilathe 9″ Standard Modern Metal Lathe, Series 1000. Ini adalah Mesin Pelarik yang baru dibeli oleh Pengasas Blog Rahsia Alam. Mesin ini dibeli dari sebuah Pusat Institusi Pengajian Teknik Kemahiran.

Pengasas agak sibuk sejak kebelakangan ini disebabkan tempahan yang melambak serta urusan-urusan yang berkaitan dengan Alam Perkayuan. Pengasas sedang berusaha untuk membuat kajian mengenai teras-teras kayu yang memiliki Fadilat semulajadi ditahap kajian melalui pendekatan Sains serta pengolahan kayu teras kepada bentuk yang lebih mantap.

Mesin ini telah diselenggarakan sendiri oleh Pengasas kerana mesin ini telah tidak digunakan sejak lebih dari 15 tahun. Paparan ini dibuat sewaktu Ujian “Test Run” yang dijalankan dengan menggunakan Teras Cendana untuk diolah menjadi Tongkat.

Peralatan yang berterabur sewaktu Proses Selenggara dan Baik Pulih mesin dijalankan.

Alhamdulillah, Mesin ini telah beroperasi dengan sempurna setelah beberapa pembaikan dijalankan dan ianya akan digunakan bagi pembuatan Cokmar Masjid, Tongkat, Tasbih serta berbagai lagi yang berkaitan. Mesin Pelarik Logam yang menjadi pilihan pengasas disebabkan teras-teras yang diolah adalah begitu keras sehingga hampir menyamai kekerasan logam

InsyaAllah, Pengasas akan membuat paparan yang terbaru dan ada juga barangan yang telah dihantar kepada sahabat-sahabat dan tidak sempat dibuat paparan mengenainya.
Paparan hasil pembuatan dari Mesin ini akan dipaparkan kepada para sahabat dimasa mendatang…InsyaAllah…Terima Kasih Para Sahabat yang telah berurusan dengan Pengasas. Apa jua yang telah dipaparkan didalam Blog Rahsia Alam adalah dari hasil sokongan para sahabat semua….Alhamdulillah…Terima Kasih Para Sahabat Blog Rahsia Alam….
Posted by waliqudus at 3/24/2012 04:24:00 AM

Kemuning….

 
Teras yang telah tertanam sekian lama dan masih tidak mereput…dianggarkan berusia melebihi 500 tahun….teras ini akan diolahkan menjadi Tasbih, InsyaAllah.

Posted by waliqudus at 3/24/2012 04:22:00 AM

2 Piece Walking Stick..Tongkat

 
Teras Buey dan teras cendana yang telah dilarik untuk dijadikan Tongkat yang ditempah…Teras yang dilarik menggunakan Mesin Metal Cutting Lathe.

Posted by waliqudus at 3/24/2012 04:20:00 AM

Akar Kemuning Emas…

 
Spesis Kemuning ada berbagai jenis, dari jenis hitam, emas, kuning, senja dan berbagai..tetapi kebanyakkannya merujuk kepada nilai-nilai perubatan dan ketahanan. Bahagian akarnya pula boleh diolahkan menjadi batang penapis untuk rokok dan Paip tembakau.

Posted by waliqudus at 3/24/2012 04:16:00 AM

HSS Steel….

 
Mata Pelarik….

Posted by waliqudus at 3/24/2012 04:15:00 AM

Monday, March 19, 2012


Buluh Perapat Bertemu Ruas

 

Buluh Perapat Bertemu Ruas…Dipercayai oleh segelintirnya sebagai Pelaris Umum.dan tidak kurang juga sebagai Perapat Madu…Wallahu…Dalam Serumpun Buluh, hanya Sebatang sahaja yang sedemikian rupa, letak ruasnya pula pada bahagian tengah…Tumbuhnya pula dibahagian tengah Rumpun…Meruntun-runtun pula kepada sesiapa yang mengetahui Fadilatnya bagi yang memiliki Buluh ini….
Posted by waliqudus at 3/19/2012 12:52:00 AM

Buluh Lesung Pipit…

 

Fadilat yang dipercayai sebagai medium Pemanis dan Penarik…Buluh yang semulajadinya berlesung Pipit…
Posted by waliqudus at 3/19/2012 12:50:00 AM

Tengkuk Biawak….Perhatian Sahabat

 
Pengasas hanya mendapat bahagian yang telah dikerat-kerat…ini adalah sejenis Spesis yang digunakan sebagai bahan rumusan perubatan Tradisional. Kayu Tengkuk biawak yang di tanya oleh beberapa sahabat bagi tujuan perubatan.

Posted by waliqudus at 3/19/2012 12:48:00 AM

Teras Unik..Teras Semulajadi.

 

Unik…Teras Bentuk Semulajadi..Tidak ramai yang meminati tetapi Bentuk Teras yang menyerupai sesuatu yang biasanya kita lihat di sekeliling kita. Yang meminatinya pula kekadang tu sanggup membelinya dengan nilai yang tinggi.
Posted by waliqudus at 3/19/2012 12:44:00 AM

Teras Pokok Buah Perah

 

Teras Buah Perah, dikatakan amat sedap…tetapi yang tak sedapnya apabila nak mendapatkan terasnya…Siang berganti Malam dan Malamnya berganti Siang memerah tenaga untuk memotongnya pula. Selain dari Teras Buah Perah, ada beberapa jenis lagi yang masih belum dikenali nama terasnya..maklumlah, bila dah masuk hutan, bukan pokok yang hidup ditebang…tetapi, mencari teras adalah dari jenis pokok-pokok yang telah tumbang secara semulajadi…barulah tidak mencemari Alam Semulajadi.

Posted by waliqudus at 3/19/2012 12:38:00 AM
Subscribe to: Posts (Atom)

PUSAT PERUBATAN CARA ISLAM AS-SYAKIRIN DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM (EXPOSED MISTIK)

Pusat perubatan Islam As-Syakirin, Perubatan yang berlandaskan Al-Quran, Hadith dan Petua. Pusat Rawatan As_Syakirin juga pernah disiarkan didalam Siaran ASTRO dalam rancangan EXPOSED MISTIK Pada tahun 2009 sebanyak 13 Episod mengenai Penyakit Misteri, Mistik dan Kronik. InsyaAllah dan Alhamdulillah, Dengan Izin Dari ALLAH, Para Pesakit yang telah mendapatkan Khidmat Rawatan dari Pusat Rawatan Islam As-Syalkirin, mereka telah dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..Perubatan Cara Islam AS-Syakirin juga meliputi :

Mengubati Penyakit Misteri Kronik Mistik/Pagar Diri/Pagar Rumah/Kerasukkan Makhluk Halus/Saka Keturunan/Urutan Traditional/Perubatan dari Herba Akar Kayu/keserasian Pasangan/Menguji Ketulinan Barangan Mistik dan Pelbagai Perkara yang bersangkutan dengannya/Para-Normal dan Abnormal Sila Hubungi:

Ustaz Syakir :019-566-1848
Ustaz Syamil :013-393-7685
Ustaz Shamly : 019-287-2454/013-266-2454

Silalah Berhubung untuk membuat Pertanyaan Kepada Individu yang tertera untuk Urusan Perubatan atau apa jua yang dihajatkan…InsyaAllah, Mudahan ALLAH Permudahkan Segala Urusan…

 
 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada April 3, 2012 in Uncategorized

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: